Monday, March 21, 2011

SEEKOR MANUSIA, SEORANG ANJING???????

“Abang, ini anak abang, bertanggungjawablah abang!!” desak Ayu teresak-esak. Hatinya pilu. Kesetiaannya selama ini tidak dihargai. Apalagi yang dia tak korbankan. Segala-galanya termasuklah dirinya. Dan, inikah balasannya?

“Ah, kalau dengan aku kau boleh serahkan diri, apatah lagi dengan orang lain! Sudahlah, perempuan jalang macam kau nie bukan boleh percaya sangat! Susah apa?? Gugurkan ajalah!” tegas Remy. Baginya semua perempuan adalah sama. Mudah setia, bodoh.

“Sampai hati abang! Abang dah gila ke!? Abang, please....! I need you! Ayu perlukan abang saat ini. Ini anak abang, percayalah!” air mata Ayu bagaikan air hujan yang mencurah-curah ke bumi yang dah lama kemarau.

“Percaya? Kalau kau nak aku percaya, gugurkan budak ni, senang cerita!” Remy bersungguh-sungguh. “Abang dah gila ke! Abang kejam! Abang jahat!” laung Ayu sambil menumbuk-numbuk dada Remy. Kudrat wanita, apalah sangat.

Pang!!! Satu tamparan dari Remy menjengah ke pipi Ayu membuatkan perempuan itu terjelapuk jatuh. Ayu meraba pipinya. Ayu tidak percaya. Adakah ini Remy yang dia kenali dulu.

“Engkau yang bodoh! Yang kau bodoh sangat serahkan diri kau kat aku sapa suruh! Aku tak paksa! Engkau yang rela! Pergi jalanlah, aku boleh cari ramai lagi perempuan yang lebih cantik dari kau, jalang!!” Ego Remy tercabar. Dia tersenyum melihat kemerahan pipi Ayu. Hatinya menjerit puas.


****************************************************


“Amir, ibu tinggalkan Amir bukan bermakna ibu bencikan Amir, ibu sayangkan Amir, kaulah satu-satunya anak ibu. Tapi ibu tak mampu. Ibu malu! Ibu malu bila masyarakat pandang serong pada ibu. Bila Amir dah besar nanti, jangan jadi macam ibu, jangan jadi macam ayah Amir,” rintih Ayu, tangisannya seperti titisan hujan bagaikan tiada henti. Berulangkali dia mencium Amir. Berulangkali jugalah dia mendodoikan Amir. Tidur dan tidurlah yang Ayu harapkan. Mampukan Amir berhenti menangis? Mampukah Amir menahan kedinginan malam? Mampukah Amir menahan kelaparan nanti? Mampukah? Amir masih kecil.

Suara Amir semakin perlahan. Lena dalam dakapan Ayu. Haba panas Ayu melenakan Amir. Nyenyak tidurnya. Comel sungguh anak ini. Ayu mencium Amir buat kali terakhir. “Lenalah Amir. Engkau akan disitu sehingga ada yang sudi mengambil kau samada kau masih hidup atau.... Amir, mampukah kau bertahan?” bisik Ayu dalam hati penuh kerisauan diiringi perasaan yang sangat pilu.

Amir yang sedang enak lena dibuai mimpi, Ayu letakkan di celahan batu di sudut tong sampah. Amir, tempat itu ditakdirkan untukmu, sabarlah. Ayu berginjak sedikit demi sedikit. Sesekali lena Amir tergangu. Pantas Ayu mendodoikannya kembali. Air matanya berjurai jatuh. Perit bertarung maut melahirkan Amir masih belum kebah, Amir terpaksa ditinggalkan, di sini, di tempat yang hina ini. Ayu meraup mukanya dan berlari tanpa menoleh ke belakang. “Amir, maafkan ibu! Ibu sayangkan kamu!” bisik Ayu di kejauhan. Tinggallah Amir keseorangan dalam dingin hembusan malam.


***********************************************


Seekor anjing betina tua terhencut-hencut melalui lorong gelap itu. Langkahnya perlahan kelihatan begitu terseksa sekali. Nuno namanya. Nuno berjalan mencari rezeki. Perutnya kerap mengalunkan irama supaya diisikan sesuatu. Sesekali mukanya berkerut menahan perit. Itu semua sudah menjadi kebiasaan kepada Nuno. Nuno memujuk perutnya supaya bersabar. Mulutnya menguap menahan mengantuk. Langkahnya semakin lemah. “Adakah ada makanan di kawasan ini? Laparnya perut!” rintih Nuno dalam hati.

Kuarap belakang telinga Nuno seakan menggeleteknya lantas menerbitkan rasa gatal. Nuno menggaru kurap dibelakang telinganya sambil matanya tertutup. Nikmat barangkali. Mata Nuno liar mencari rezeki. Hatinya masih mengharapkan sesuatu. Sisa-sisa harapan seolah-olah akan lenyap. Mata Nuno berpaling dan tertumpu ke arah sesuatu. Tong sampah akhirnya dia ketemu. Hati Nuno berbunga riang. Langkahnya diatur laju seolah-olah seksa kelaparan tadi tidak pernah wujud.

Nuno menguis tong sampah tersebut. Semuanya terburai. Mungkin bukan rezeki Nuno barangkali. Setiap kuisan ternyata menghampakan. Perut Nuno berbunyi kembali tetapi kian rancak. Puas Nuno memujuk. Tapi, apakan daya.

“Uwaa...uwaa...uwaa!” tangisan bayi bagai merentap jantung Nuno kerana terkejut. Nuno mengangkat telinganya untuk memastikan bunyi yang didengarinya tadi. Suasana kembali senyap.

“Uwaa...uwaa..uwaa!” tangisan itu memekik sekali lagi. Hati Nuno direntap rasa pilu. Hairan dan keliru. “Ibu mana tertinggal anak di sini? Ish,mustahil. Malam dah ni” bisik Nuno sendirian.

Mata Nuno memerhati sekali lagi. Segaris simpati terbit tatkala melihat bayi berbalut kain putih meronta-ronta sendirian. Banyak pertanyaan yang tiada jawapan menerjah ke kotak fikirannya. Mustahil bayi ini tertinggal. Nuno berlari laju menuju ke arah bayi itu. Bayi ini pasti akan mati. Angin malam terlalu sejuk. Mengenangkan kematian, langkah Nuno semakin laju.

“Ong...ong...ong! ong....ong...ong!!” Nuno meninggikan lagi suaranya. Kepala Nuno mengoncang pagar besi agar kedengaran bising. Kepala Nuno yang luka,pedih bercampur sekali, usah ditanya kesakitannya. Bunyi besi berlaga membingitkan lagi keadaan.

“Bangunlah semua! Bangunlah! Bayi bertarung maut ada disana! Bangunlah! Kasihanilah dia!” Nuno merintih sendiri. Tiba-tiba semua lampu terbuka serentak. Riuh rendah makin kuat terdengar. Nuno menarik nafas lega.

“Anjing gila mana pulak yang buat bising nie? Menganggu betul!!” satu suara menghina Nuno. Nuno tersentak. Nuno memujuk hatinya supaya bersabar. Mereka tidak tahu hal sebenar.

Tiba-tiba, Nuno terasa ada sesuatu menimpa kepalanya. Sakitnya tidak terkira. Entah berapa banyak yang telah terkena di kepalanya. Darah memancut tanpa henti. Nuno berlari laju supaya dapat mengelak serangan tersebut. “Sakit!!!” hanya itu yang mampu digambar oleh Nuno dihatinya.

Hati Nuno sayu, namun lariannya tidak dihentikan. Bayi itu harus diselamatkan segera. Nuno berpaling ke belakang dan melihat masih ramai yang mengejarnya. Perempuan, lelaki semuanya berbaju tidur. Masing-masing bermuka masam. Mulut mereka tidak henti menyumpah. Seorang dua masih membaling batu dan kayu ke arahnya. Ada yang tepat mengena dan ada yang tersasar. Yang Nuno pasti, badannya basah berlumuran darah. Nuno mempercepatkan lariannya. Tong sampah itu semakin hampir. Orang di belakang makin galak mengejar. Nuno merasakan kulitnya bakal disiat-siat atau akan ditembak mati.

“Eh bang, ada budaklah! Tu dekat tong sampah!” jerit seorang perempuan dalam kalangan kumpulan tadi. “Ya Allah, siapa punya kerjalah ni. Buat pandai, jaga tak mau.”

Nuno berasa lega. Perit, lapar dan sakit bersatu kembali.

“Pap”, tiba-tiba kaki Nuno diterajang. “Pergi, anjing sial!! Budak ini tak boleh disentuh!! Kau binatang haram!!” jerkah salah seorang di situ. Nuno tidak faham dan tidak mengerti. Mangapa? Terus Nuno ditendang, diterajang, dipukul sekuat hati oleh kumpulan manusia tadi tanpa belas kasihan. Nuno tidak mampu untuk mempertahankan dirinya. Nuno tidak pasti bila dia terperosok di dalam longkang. Rusuk,kaki dan beberapa anggota badannya sakit seakan cedera dan patah. “Inikah balasannya? Tiada hatikah manusia ini?” rintih Nuno sendirian.

Air mata Nuno bertaburan jatuh. Hamis bau air longkang dan busuknya bak bangkai terpaksa Nonu tahan. Nuno mengaduh merintih sendirian.

“Bang, nama budak ini Amir. Amir bin Abdullah. Ni surat beranaknya. Comelkan bang?” serentak itu, bayi bernama Amir diangkat,dibelai,didodoi dan dicium. “Kesian”.

Nuno tersenyum sendirian. “Jadilah budak baik bila besar nanti”, bisik hati Nuno. Senyuman Nuno semakin pudar. Pandangannya semakin kabur. Matanya perlahan-lahan tertutup. Akhirnya, tidurlah Nuno buat selama-lamanya, bersama-sama kelaparan,kesakitan,keseksaan,keperitan demi menyelamatkan seorang bayi. Bayi yang bernama Amir.

“Eh bang, mana anjing tadi??”


*************************************************


Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.......



***karya asal: NUKILAN PENA, HUDA

3A8

2003

MMP


BUKAN ITU YANG SAYA DOAKAN!!

Pertandingan akhir kereta lumba mainan, akan bermula sebentar lagi... Orang ramai mengelilingi kawasan perlumbaan di padang itu untuk memberi sokongan kepada lima orang kanak-kanak yang akan mempamerkan kehebatan kereta mainan masing-masing... Semuanya buatan sendiri sebab begitulah peraturannya....


Salah seorang peserta pertandingan akhir itu bernama Ahmad... Keretanya paling tidak menarik... Ia hanya dibuat dari kayu yang sederhana dan sedikit lampu kedip di atasnya... Bentuknya tidak sebanding langsung dengan kereta mainan para peserta lain yang dibuat menggunakan kayu yang berkualiti, cat dan warna yang sangat menarik serta kemas buatannya... Namun, Ahmad sangat bangga sebab kereta itu buatan tangannya sendiri... Saat dinantikan semakin hampir... Setiap kanak-kanak sudah siap sedia di garis mula untuk mendorong kereta masing-masing melalui lorong ynag berlingkar-lingkar itu....


Beberapa detik sebelum perlumbaan bermula, Ahmad dilihat berkumat- kamit. Matanya terpejam, tangan diangkat dan dia memanjatkan doa kepada Ilahi.... Kemudian, dia berkata, "Saya sudah sedia!!"...

PPOOMMM!!!!! Tembakan dilepaskan tanda pertandingan bermula.... Dengan satu hentakan yang kuat, lima kanak-kanak tadi mendorong kereta masing-masing selaju yang boleh.... Semua kereta itu pun meluncur dengan deras.... Orang ramai bersorak memberi sokongan....

"Cepat!!Cepat!! Laju lagi, laju!!" jerit kanak-kanak itu, termasuk Ahmad... Garis penamat semakin hampir dan.... Ahmad diumumkan sebagai pemenangnya... "Alhamdulillah, terima kasih ya Allah," kata Ahmad sebaik keretanya melepasi garis penamat....


Saat penganugerahan piala tiba, Ahmad melangkah ke depan... Sebelum piala itu diserahkan kepadanya, ketua pengadil bertanya, "Hai juara, pasti tadi kamu berdoa kepda Allah agar kamu menang, kan??"

Ahmad terkejut. "Bukan, cikgu! Bukan itu yang saya panjatkan," jawab Ahmad... "Tak adil kalau saya meminta pada Allah untuk menolong saya mengalahkan kawan-kawan yang lain. Saya sebenarnya memohon kepada Allah supaya saya tak menangis kalau saya kalah."

Semua hadirin terdiam mendengar kata-kata kanak-kanak itu.....

Friday, February 25, 2011

Assalamualaikum semua!!!

Lamanya x update blog nie.... yela kan.... xde idea nk diceritakan.... heheh....

Just nk bagi tau perkembangan sekarang....
Dh sem 2 asasi undang2 kt UiTM Kedah.... n dh nk habis dh pun.... hehe.... insyaallah lagi 2 minggu akan hadapi final exam.... doa2 la ye dpt result yg cemerlang..... hehhe...

Insyaallah dalam tempoh cuti sem nanti, akan fokus plak kt MUET.... risaunya.... doakan dapat MUET band4 ye.... yelakan... nk masuk BLS kt UiTM Shah Alam kena dapat MUET BAnd4 at least n pointer 3.00 paling kurang.... jadi doa2kn ye....

Apapun, hidup nie tak ada yang senang.... kalau takde cabaran dalam hidup nie, tak best la kan... heheh.... sebenarnye, cabaran hidup nie merupakan salah satu cara untuk kita kenal sapa diri sebenarnye....

Okla.... setakat itu dlu.... setelah hampir setahun tak update blog nie.... hhehe.... insyaallah akn berusaha untuk sentiasa update blog nie...

assalamualaikum..... (^_^)

Saturday, July 31, 2010

apa khabar?????

lama aku x update blog aku... rindu plak... heheh.. tapi nk citer ape pun aku x tau... apapun, sekarang aku dh melanjutkan pelajaran aku di UiTM Merbok, Sg.Petani dlm Foundation Of Studies in Law (Asasi Undang-undang).... alhamdulillah... aku dh dpt suaikan diri di sini.... jumpa kwan2 yg best... kawan2 yg boleh membimbing ke jalan-Nya sentiasa insyaallah.... apapun, doakn aku supaya tidak tergelincir dari jalan-Nya.... Walla'alam...

Saturday, March 20, 2010

keliru....

susah btul la nk buat kputusan...

kemarin..
bila fikir balik, kalu jadi lawyer nie ada peluang pekerjaan ke...
risau nye... tapi 2 mmg cita2 aku...
kalu amik mktab... mmg peluang ada keje 2 banyak....
tp cmne ngan cita2 aku...
hmmm.....
keliru...
Ya Allah, bantulah hamba mu ini yg dlm keliru ini....
hmmm....

Thursday, March 18, 2010

cita2.......

bez kan kalu kita dpt cpai cita2 yg diidamkn.... kita juz merancng... tp Tuhan yg mnentukn...

semalam....
babah(panggilan aku kepada ayah aku) ada sebut tentang maslah kwangan...
cmne la nk biayai kami 2 bradik sekali gus nk msuk u....
maslh nie la yg mmbuatkan aku trpikir dpt ke aku meneruskan cita2 aku nk menjadi seorang lwyer syarie yg berjya nty.... tringin sgt nk masuk UIAM... kt c2 course undang2 dia antra yg terbaik.... adakah aku dapat cpai cita2 tue.... hmmm.... doakan la aku berjaya....

Tuesday, March 16, 2010

ujian......

kadang2 bila pk2 blik, hidup nie pnuh dengan ujian yg x disngka sngka...
kadang2 ujian 2 suatu nikmat, dan kadang2 ujian 2 suatu musibah....
dengan ujian 2 la kita bley tgok seseorang hmba 2 bersyukur atau x...
or kuatkah iman dia...
renung2kan.....
dan selamat beramal.....