Wednesday, August 12, 2026

AKU KEMBALI UNTUK BERCERITA....

 Malam ini, 12 Ogos 2026, sebelum tidur...


Sekadar ingin kembali menulis tentang apa yang dirasa. Mungkin dengan cara ini, aku mampu untuk meleraikan rasa serabut dalam menjalani kehidupan seharian.

Kisahnya...

Kadang-kadang, kita dah berkorban dengan berbagai-bagai situasi supaya dapat mencapai hajat kita nak penuhi. Tetapi akhirnya, yang dipikul bertaburan, yang dikendong keciciran. Walau satu hasrat tak dapat dicapai. 

Perasaan aku? haruslah rasa sedih, rasa ralat. Bermacam-macam dah kau buat untuk memenuhi hasrat orang lain, tapi akhirnya, kau dipinggirkan jua.

Apakah harus aku bergerak perlahan-lahan meninggalkan segala bentuk toksik ini? atau terus bertahan sehingga tiba cahaya sinar baharu? Tapi bila? Mampukah aku bertahan?

Mungkin masa yang akan menentukan pilihan yang terbaik perlu aku buat. Dan kini, aku cuba pilih untuk bertahan dahulu. Harapnya, inilah yang terbaik.

Done bebel sorang-sorang malam nie. Sampai jumpa.

No comments:

Post a Comment